Sabtu, 3 Januari 2015

GARLIC

Garlic - 60 tablets



Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

________________________________________

Bawang putih (Allium sativum) adalah antara bahan perubatan tradisi yang telah banyak dijalankan kajian ke atasnya. Antara lain adalah untuk membuktikan kesan bawang putih benar-benar memberi manfaat dalam perubatan.

Penyelidikan kini banyak yang bertujuan untuk mengenalpasti sebatian yang terlibat untuk kesan kesihatan. Komponen yang paling dalam bawang putih adalah sulfur, dan allicin yakni sumber utama untuk tindakan anti mikrobial (sebagai anti biotik). Sesetengah pakar bawang putih juga berpendapat bahawa allicin kunci memberi manfaat untuk kesihatan kardiovaskular dan juga antikanser yang mana melibatkan diallil sulfida, iaitu produk pecahan allicin. Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik

Keistimewaan ini telah dibuktikan dengan kajian in-vivo dan in-vitro.

Antara lain, kajian yang dijalankan ke atas bawang putih:

Meta-analisis: ujian ke atas 365 orang dewasa yang mengalami kolesterol tinggi, pengamalan satu setengah ulas bawang putih segar setiap hari menurunkan paras kolesterol sebanyak 12% (Warshafsky, et al, 1993).

Kajian klinikal: Ujian ke atas 261 pesakit dengan kolesterol tinggi, pengambilan bawang putih menurunkan serum kolesterol sebanyak 12% dan bermakna nilai trigliserida sebanyak 17% selepas 16 minggu. Dos harian adalah 800 mg tablet serbuk bawang putih (Mader, 1990.)

Kajian klinikal: Pengambilan 600 mg serbuk bawang putih dalam bentuk tablet sehari selama dua minggu mengurangkan risiko pengoksidaan lemak dalam darah 34% (Phelps & Harris, 1993).

Bawang putih juga bermanfaat dalam menurunkan kadar gula dalam darah.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, para saintis menggalakkan pengambilan bawang putih dalam bentuk tablet.

Apakah ‘pantang’ untuk pengamal suplement Garlic?

Ia tidak toksik tapi boleh menyebabkan ketidakselesaan perut pada sesetengah individu. Oleh itu ia perlu diambil bersama makanan.
Ibu mengandung tidak digalakkan mengambil Garlic, walaupun tiada rekod yang menyatakan garlic boleh membahayakan ibu dan bayi.
Ibu menyusu juga perlu hati2 dalam pengambilan Garlic kerana kandungan garlic dalam susu ibu boleh menyebabkan bayi kembung.

________________________________________________

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
Menormalkan keseimbangan lipoprotein
Menurunkan tekanan darah
Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
Berfungsi sebagai anti-oksidan
Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
Bantu rawat asthma

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee
1. Pengekalan 100% Allicin aktif
2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan
Spearmint.
4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic
dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang
digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan
2 ulas bawang putih segar.

Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh
1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana
mengandungi ekstrak spearmint.

2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan
sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema,
kulat, kuman, virus dan yis candida

3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit
alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung
perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic
sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang
merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara
penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam
tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung
dalam tubuh tanpa kita sedari.

7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah,
mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang
strok dan penyakit koronari.

8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan
pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana
mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh
dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan
pergelangan kaki

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan
brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan
meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
- Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
- Perut memulas (stomach upset)
- Cirit-birit (Diarrhea)
- Bronkitis
- Luka-luka (infected wounds)
- Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada,
sistem air kencing

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.


**NOTA:
Nitrosamines yang digunakan dalam pembuatan sesetengah kosmetik, racun perosak, dan dalam kebanyakan produk getah. Dalam industri makanan, nitrosamines dihasilkan dari nitrit dan amina sekunder, yang sering berlaku dalam bentuk protein. Pembentukan nitrit dan amina sekunder hanya boleh berlaku di bawah keadaan tertentu, termasuk keadaan yang kuat berasid seperti perut manusia. Suhu yang tinggi, seperti dalam menggoreng, juga boleh meningkatkan pembentukan nitrosamines. Kehadiran nitrosamines boleh dikenal pasti oleh tindak balas Liebermann itu. [3]Di bawah keadaan berasid, nitrit membentuk asid nitrus (HNO2), yang berproton dan terpisah kepada kation nitrosonium N ≡ O + dan air: H2NO2 + = H2O + NO +. Kation nitrosonium kemudiannya bertindak balas dengan amina untuk menghasilkan nitrosamine. [4]
Proses-proses ini membawa kepada tahap nitrosamines dalam banyak jenis bahan makanan terutamanya bir, ikan, dan hasil sampingan ikan, dan juga dalam daging dan produk keju diawet dengan nitrit penjerukan garam.
sumber:en.wikipedia.org


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan: