Jumaat, 9 Januari 2015

SET SUSU

Set Penyusuan Shaklee semakin mendapat permintaan di kalangan ibu yang menyusukan bayi mereka.Ini kerana mereka cuba memberikan khasiat yang terbaik untuk bayi yang masih belum menjamah makanan berbentuk pepejal.Untuk itu hanya susu ibu menjadi sumber makanan untuk bayi kenyang.

Susu Badan Bertambah

Malangnya ada sesetengah ibu yang mengalami masalah susu badan mereka tidak mencukupi untuk diberikan kepada bayi.Akibatnya bayi akan menangis dan pasti sebagai seorang ibu,hati anda akan berasa kasihan dengan bayi.Anda mula mencari maklumat di internet dan mendapati ramai wanita membicarakan berkaitan set penyusuan Shaklee ini.

Adakah Set penyusuan Shaklee akan dapat menambahkan lagi kuantiti susu dalam badan?

Ia sebenarnya berkaitan dengan tahap kesihatan dan kecergasan diri anda.Selalunya ibu yang baru bersalin akan cepat berasa letih dan kurang bertenaga.Keadaan ini menyebabkan anda malas untuk mengepam susu yang menyebabkan ia kurang produktiviti.Ini menunjukkan badan anda kekurangan nutrisi yang lengkap.

Untuk itu,proses pengepamam susu juga adalah sama seperti konsep demand dan supply.Semakin anda kerap mengepam susu badan,ia akan bertambah dan begitu juga sebaliknya.Justeru itu vitamin Shaklee membantu anda kekal cergas semasa anda melakukan proses mengepam.

Cara Menggunakan Set Penyusuan Shaklee
Pertama sekali minda kita perlu dalam keadaan positif.Matlamat kita untuk memperbanyakkan susu adalah untuk memastikan susu untuk bayi tidak terputus.

Kedua adalah mengamal set penyusuan Shaklee secara konsisten.Pengambilan adalah mengikut apa yang disarankan oleh pengedar Shaklee tersebut.Setiap pembelian menerusi saya akan mendapat panduan dan tips untuk rujukan anda.

Ketiga adalah dengan meminum air masak dalam kuantiti yang banyak setiap hari.Saya mencadangkan anda mengambilnya minimum 3 liter yang juga boleh menyingkirkan toksin dalam badan.

Akhir sekali anda perlu mengepam dengan lebih kerap.Semakin kerap anda berbuat demikian pasti kuantiti susu dapat dipertingkatkan.

4 Set Penyusuan Shaklee Pilihan Wanita Menyusu
Set-Penyusuan-Shaklee-3M



Set B-Set Asas Penyusuan

Vitamin B,Vitamin C,Vitalea dan juga Alfalfa

Set ini sesuai untuk ibu yang tidak mengalami masalah penyusuan dan ia akan membekalkan nutrisi dalam susu.

Tidak sesuai untuk ibu yang baru bersalin atau bayi yang menhidap jaundice.Alfalfa membantu dalam memperbanyakkan susu ibu.

Set 2-EU Four Pack

Vitamin B,Vitamin C,Vitalea Dan Ostematrix

Set ini sesuai untuk ibu yang mengalami masalah haid PMS(Pre Menstrual Syndrome) yang sering berasa letih selalu.

Sesuai juga untuk ibu yang mengalami masalah kurang susu pada peringkat permulaan atau bayi yang selalu berada dalam keadaan cepat lapar.

Ostematrix juga membantu memberikan kalsium untuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat.

Set 3-Set E

Vitamin B,Vitamin C,Vitalea,Ostematrix Dan Alfalfa.

Untuk mereka yang mengalami masalah PMS yang menyebabkan ibu berasa cepat letih.

Ostematix Shaklee untuk ibu yang kurang meminum susu dengan memberikan kalsium yang secukupnya.

Membantu bayi yang mengalami masalah Eczema.

Membekalkan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi bayi.

Milk Booster berbanding 2 set di atas kerana terdapat Alfalfa dan juga Ostematrix.

Set 4-3M

Vitamin B, Vitamin C, Vitalea, Alfalfa,Kalsium Dan ESP Shaklee.

Mereka yang mengalami masalah penyusuan walaupun telah membuat pengepaman setiap 2 jam sekali dan turut meminum air yang banyak.

Milk Booster untuk ibu yang bekerja dan hendak membuat simpanan stok susu yang di pam.

Sesuai untuk ibu yang telah berhenti menyusukan anak dan hendak membuat pengepaman semula.

Khamis, 8 Januari 2015

VITA E

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik.

Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.
Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia.

Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

VITAMIN E juga bertindak sebagai
Awet muda
Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
Mengurangkan parut
Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
Merawat masalah keintiman
Merawat masalah seksual lelaki
Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi
And yg best vitamin e ni dah ditambah dgn GRAPE SEED EXTRACT yg menambahkan lagi khasiatnya dan tahap powernya berbanding yg dulu




  Kebaikan kesihatan grape seed extract
Menyingkirkan radikal bebas
Mengurangkan radang (inflammatory)
Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
Mencegah masalah kelenjar prostat
Melambatkan proses penuaan
Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
Membantu fungsi sistem saraf otak
Meningkatkan daya pertahanan
MASKER VITAMIN E

Sebelum tidur

Sapu sebiji vitamin E sebelum tidur..Caranya, vitamin E tu cucuk dgn jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka nipis2.

atau

Pagi
Sapu muka dgn plain yogurt dan biarkan selama 5-10min... Memang best..! Atau boleh campur yogurt tu dgn sesudu kecil ESP. Tepek kat muka sampai rasa kulit muka menegang (sampai yogurt tu kering). Besttt sangat masa ni, kalah masker yg kita dok tepek mcm topeng tu... Lepas dah kering tu terus basuh dgn pencuci muka. Memang lembut jer rasa kulit

Rabu, 7 Januari 2015

VIVIX

Keistimewaan Vivix Shaklee

Memperbaiki DNA.
Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.Vivix sesuai diambil oleh mereka yang selesai menjalani rawatan pemulihan kanser, misalnya kimoterapi, bagi mengembalikan sel tubuhnya kepada keadaan asal.

Memperbaiki tenaga sel.
Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.

Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, imuniti dan sendi.
Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun makin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan.

Kebaikan Vivix Shaklee

Menggalakan penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan
Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius
Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung
Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis
Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf
Mengurangkan insiden penyakit nyanyuk - merawat azhameir
Membantu merawat penyakit parkinson
Membantu memulihkan penyakit strok - angin ahmar
Meningkatkan kesihatan imum badan
Menggalakan kesihatan keseluruhan
Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

Selasa, 6 Januari 2015

VITA C

MANFAAT UTAMA :
Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
Memperbaiki Simptom Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.
Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.
Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.
Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.
Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Antara simptom kekurangan Vitamin C :
Mudah tertekan / Stress - sering letih dan lemah
Kulit kelihatan sangat kering dan bersisik, tapak kaki keras dan kasar
Luka yang lambat sembuh
Mudah selsema / bersin
Wajah nampak tua dari usia (Vitamin C penting utk pembentukan kolagen)
Mudah dapat ulser
Mudah demam / antibodi tak kuat
Gusi berdarah
Salur darah mengecil
Sakit sendi
Tanda lebam pada badan
weight loss (bukan kurus sihat tp kurus yang tak sihat, lemah dan kusam)

Perbezaan Shaklee (dengan Vitamin C yang ada di pasaran)
Vitamin C pertama yang natural dan bertindak secara ‘Sustained release’, berfungsi secara perlahan untuk memenuhi keperluan tubuh selama 24 jam.
Rumusan unik yang membenarkan pelepasan vitamin c secara perlahan dan berterusan selama 5 jam.
Satu tablet membekalkan 500mg vitamin C iaitu bersamaan 7biji setengah oren.
Membekalkan ‘Bioflavinoid’ dalam jumlah yang seimbang iaitu 120mg..Bioflavonoids bekerja untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen vitamin C..( elak salur darah dari runtuh/bocor, meningkatkan fungsi vitamin c, elak vitamin c dr cepat teroksida dan merosakkan sel)
Ada dalam bentuk yang boleh dikunyah
Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan.dilepaskan kedalam system tubuh secara perlahan mengikut keperluan.
Siapa perlukan vit c? - perokok, org yg mudah stress sebab stress akan memusnahkan vit c dlm badan, org yg makan pil perancang sebab pil perancang jugak akan serap vit c dan akibatnye vit c akan musnah cepat dlm badan, org yg nak cantik kulit atau yg ade masalah kulit berjerawat atau eczema perlukan vit c utk membina kolagen kulit yg sihat dan perbaiki tisu kulit, semua org yg inginkan kesihatan yg baik sebab vit c menyokong sistem imun dlm badan dan mengurangkan demam selsema yg berpanjangan..sebab tu dlm family wellness ade termasuk vitamin C antara vitamin yg perlu diambil utk semua org kerana vitamin C bersifat larut air dan ianya mudah dihapuskan dalam keadaan tertentu contohnya jika kita stress, berhadapan dengan cuaca panas dan banyak lagi keadaan.


AMARAN!
- 1 batang rokok mampu melupuskan 50-100mg vitamin c!
- Keresahan / stress akan percepatkan penyusutan vitamin c
- Kontraseptif, pil penahan sakit dan pil perancang antara pil yang akan menyusutkan vitamin c yang banyak
- Terlebih dos vitamin c (melebihi 12 biji sehari) akan menyebabkan sedikit cirit birit


TAHUKAH ANDA??

- haiwan menghasilkan vitamin c mereka sendiri seperti arnab mampu menghasilkan 18,000mg vitamin c sedangkan manusi tidak dapat menghasilkan vitamin c. Tambahan pula, vitamin c larut air dan akan hilang berterusan dari tubuh kita. Oleh yang demikian, adalah perlu utk kita mengambil vitamin c setiap hari kerana vitamin c tidak memberi kesan toksik.

- Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg vitamin c. Buah-buahan akan menghasilkan vitamin c yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah ranum. tetapi kandungan vitamin c tersebut akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan.

kesimpulannya, pilihan saya tentulan Sustained Release Vita C 500mg dari Shaklee..it's 100% safe, natural and works wonderful to everyone..insyaAllah.. :)


Isnin, 5 Januari 2015

performance drink

Hari ini saya nak berkongsi informasi dengan semua tentang Kebaikan Dan Manfaat minuman Performance Drink Shaklee yang sangat hebat dan tidak ada pada minuman Isotonic jenis yang lain yang biasa terdapat di pasaran.

Apa Itu Performance Drink Shaklee..???
Performance Drink Shaklee ialah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna, berkhasiat dan tidak bergas.
Performance Drink Shaklee telah terbukti secara klinikal menghidratkan anda lebih cepat berbanding air.
Performance Drink Shaklee memberikan tenaga segera kepada tubuh dan menyokong penghidratan pada tahap optimum. Campuran Elektrolit OPTI-LTYE™ proprietari dan campuran unik karbohidrat yang membekalkan tenaga berterusan tanpa menggangu tahap gula di dalam darah.
Performance Drink Shaklee telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan tahap hidrat tubuh, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina – berdasarkan ujian yang dilakukan kepada atlit berpencapaian cemerlang di Amerika Syarikat.
Performance Drink Shaklee tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.




Kelebihan Performance Drink :-
Ia adalah minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna untuk membantu mencegah dehydration, seperti fungsi minuman isotonik.
Ia membekalkan 3 jenis karbohidrat bagi tenaga dan stamina.
Ia bukannya milk booster, atau minuman penambah susu, sebaliknya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar tidak kekeringan.
Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu opticarb yang membekalkan tenaga serta merta. Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan tanpa menganggu kestabilan gula dalam darah.
Ia bukan saja untuk ibu menyusu/mengandung semasa berpuasa, tapi sesuai untuk semua, terutama yang kerja di tengah panas. Budak2 demam pun elok amik ni sebab biasa la budak2 bila dah demam tak selera makan minum.
Siapa yang Memerlukan Performance Drink Shaklee…???
Individu yang aktif bersukan.
Individu yang berpuasa (diambil semasa sahur dan berbuka).
Individu yang menghidap gout.
Ibu yang menyusukan anak.
Individu yang kurang minum air.
Individu yang kerap sakit kepala.
Bila rasa nak demam, atau sedang demam.
Kanak-kanak yang demam.
Individu yang suka minuman ringan terutama yang berkarbonat.

Ahad, 4 Januari 2015

PEPPERMINT GINGER PLUS

PEPPERMINT GINGER PLUS: Khasiat dan Kebaikannya
APA DIA PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE?

Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.

Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan

Sumber : Shaklee Malaysia

PERBEZAAN SHAKLEE

Kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur dan dihasilkan di bawah prosedur standard dengan melalui penggunaan teknologi sains yang terkini.
Secara klinikal sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya , gastrik, mabuk laut, sendawa dan penghadaman

APA KANDUNGAN YANG ADA DIDALAM PEPPERMINT GINGER PLUS SHAKLEE?

Peppermint-Ginger Plus merupakan supplement yang dihasilkan daripada kombinasi 4 herba yang sangat bagus untuk penghadaman. Peppermint Ginger Shaklee ini dapat
membantu mengurangkan risiko masalah penghadaman. Peppermint Ginger mempunyai banyak khasiat dan kebaikan kepada mereka yang mengamalkannya.

Apakah 4 herba yang terdapat dalam Peppermint Ginger Plus Shaklee? Apakah Khasiat herba tersebut?

1. DAUN PUDINA
❁ Membantu dalam proses penghadaman
❁ Membantu mengurangkan mabuk laut/darat atau morning sickness
❁ Membantu mengurangkan sakit gastrik, pedih hulu hati, cirit-birit
❁ Membantu mengurangkan kesan sampingan daripada kimoterapi (muntah, hilang selera makan)
❁ Merangsang pengeluaran peluh - mengurangkan risiko demam akibat selsema
❁ Membantu menajamkan pemikiran agar lebih fokus

2. HALIA
❁ Merangsang rembesan enzim Salvia untuk mencernakan makanan
❁ Melegakan sakit perut
❁ Mengurangkan sakit senggugut
❁ Membantu mengurangkan loya atau mual akibat morning sicknesss
❁ Mengurangkan rasa loya dan ingin muntah selepas pembedahan

3. FENNAL (POKOK ADAS
❁ Membantu menghilangkan kembung perut
❁ Melegakan kesakitan perut
❁ Membantu mengurangkan masalah alergi pada saluran usus

4. CEKUR MANIS (ANISE)
❁ Melegakan masalah pencernaan
❁ Mengurangkan kesakitan akibat haid seperti senggugut
❁ Merangsangkan rembesan jus gastrik untuk pencernaan
❁ Membantu memberikan peredaran tenaga di dalam badan

SIAPA YANG BOLEH AMBIL PEPPERMINT GINGER PLUS?
Wanita mengandung yang mempunyai masalah loya dan morning sickness
Mereka yang gemar mengembara dan serik mengalami mabuk laut/darat
Mereka yang sering mengalami masalah gastrik dan angin
Mereka yang sering mengalami kembung perut
Mereka yang sering mengalami masalah pencernaan
Baru pertama kali cuba saya dah teruja dengan product ini. Saya jamin anda tidak menyesal. Jika anda tidak suka halia dan ingin dapatkan khasiatnya, mungkin boleh cuba product ini.

PELBAGAI CARA MAKAN PEPPERMINT GINGER PLUS.

Ada dua cara untuk menikmati dan merasai khasiat Pepper Mint Ginger Plus Shaklee. Yang pertama boleh ditelan begitu sahaja dan yang kedua, yang paling aromatik, boleh campurkan 2-3 biji Pepper Mint Ginger Plus Shaklee ke dalam teh o panas. Sungguh nyaman dan melegakan. Anda boleh amalkannya 2 atau 3 kali sehari dan dengan izin Allah, masalah anda juga akan selesai.



Membantu penghadaman >> Ambil 3 biji selepas makan

Mencuci usus dan perut >> Larutkan 3biji PAPPERMINT GINGER PLUS dan 10 biji Alfalfa di dalam air panas suam untuk diminum

Merawat sakit atau masalah gastrik, nausea, batuk >> Ambil 3-5 biji dilarutkan dalam air panas menjadi teh herba

Kelegaan tekak, batuk, sendawa >> Hisap 2 biji

Sabtu, 3 Januari 2015

GARLIC

Garlic - 60 tablets



Allisin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allisin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik. *

Setiap tablet Garlic Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.

________________________________________

Bawang putih (Allium sativum) adalah antara bahan perubatan tradisi yang telah banyak dijalankan kajian ke atasnya. Antara lain adalah untuk membuktikan kesan bawang putih benar-benar memberi manfaat dalam perubatan.

Penyelidikan kini banyak yang bertujuan untuk mengenalpasti sebatian yang terlibat untuk kesan kesihatan. Komponen yang paling dalam bawang putih adalah sulfur, dan allicin yakni sumber utama untuk tindakan anti mikrobial (sebagai anti biotik). Sesetengah pakar bawang putih juga berpendapat bahawa allicin kunci memberi manfaat untuk kesihatan kardiovaskular dan juga antikanser yang mana melibatkan diallil sulfida, iaitu produk pecahan allicin. Allicin adalah sebatian yang berasal daripada bawang putih dan berfungsi untuk banyak tindakan yang berfaedah. Allicin tidak terdapat di dalam bawang putih biasa sebaliknya ia dihasilkan apabila bawang putih tersebut dipotong halus atau dihancurkan. Bawang putih secara tradisinya digunakan untuk melegakan batuk, selsema dan membantu peredaran darah yang baik

Keistimewaan ini telah dibuktikan dengan kajian in-vivo dan in-vitro.

Antara lain, kajian yang dijalankan ke atas bawang putih:

Meta-analisis: ujian ke atas 365 orang dewasa yang mengalami kolesterol tinggi, pengamalan satu setengah ulas bawang putih segar setiap hari menurunkan paras kolesterol sebanyak 12% (Warshafsky, et al, 1993).

Kajian klinikal: Ujian ke atas 261 pesakit dengan kolesterol tinggi, pengambilan bawang putih menurunkan serum kolesterol sebanyak 12% dan bermakna nilai trigliserida sebanyak 17% selepas 16 minggu. Dos harian adalah 800 mg tablet serbuk bawang putih (Mader, 1990.)

Kajian klinikal: Pengambilan 600 mg serbuk bawang putih dalam bentuk tablet sehari selama dua minggu mengurangkan risiko pengoksidaan lemak dalam darah 34% (Phelps & Harris, 1993).

Bawang putih juga bermanfaat dalam menurunkan kadar gula dalam darah.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, para saintis menggalakkan pengambilan bawang putih dalam bentuk tablet.

Apakah ‘pantang’ untuk pengamal suplement Garlic?

Ia tidak toksik tapi boleh menyebabkan ketidakselesaan perut pada sesetengah individu. Oleh itu ia perlu diambil bersama makanan.
Ibu mengandung tidak digalakkan mengambil Garlic, walaupun tiada rekod yang menyatakan garlic boleh membahayakan ibu dan bayi.
Ibu menyusu juga perlu hati2 dalam pengambilan Garlic kerana kandungan garlic dalam susu ibu boleh menyebabkan bayi kembung.

________________________________________________

Kegunaan Allicin Pada Bawang Putih Untuk Kesihatan Manusia

Mengurangkan pemendapan atesklerosis dan lemak
Menormalkan keseimbangan lipoprotein
Menurunkan tekanan darah
Mempunyai anti-darah beku dan anti-ativiti radang
Berfungsi sebagai anti-oksidan
Bersifat antibiotik dan antibakteria semulajadi
Bantu rawat jangkitan kulit seperti penyakit kaki makan air
Bantu rawat asthma

Keistimewaan Garlic keluaran Shaklee
1. Pengekalan 100% Allicin aktif
2. Dwi teknologi dilakukan untuk mengawal bau garlic
3. Perisa semulajadi terhasil dari 2 kombinasi ekstrak herba iaitu Rosemary dan
Spearmint.
4. Mengandungi pelbagai jenis vitamin E untuk meningkatkan sebatian aktif Garlic
dan meningkatkan keberkesanan Garlic dalam tubuh. Kebiasaan vitamin E yang
digunakan dalam dunia perubatan adalah γ-tocopherol.
5. Setiap 2 tablet membekalkan 1000mg ekstrak garlic tulen yang bersamaan
2 ulas bawang putih segar.

Kepentingan Supplement Garlic Kepada Kesihatan Tubuh
1. Meningkatkan tahap sistem penghadaman, fungsi jantung yang baik kerana
mengandungi ekstrak spearmint.

2. Merupakan Antibiotik semulajadi yang selamat dan sangat bagus untuk pertingkatkan
sistem keimunan badan supaya boleh menghalang sakit berjangkit seperti selesema,
kulat, kuman, virus dan yis candida

3. Membantu atasi masalah alergi dengan meningkatkan keimunan terhadap penyakit
alergi seperti hidung yang sensitive, sinus, alergi, asthma, selesema dan hepatitis

4. Meningkatkan dan membantu dalam masalah sistem penghadaman seperti kembung
perut, senak perut, ulser gastrik dan ketidakhadaman.

5. Menstabilkan tekanan darah tinggi dengan pengambilan konsisten 2-4 biji tablet Garlic
sehari selepas makan. Garlic dapat mengeluarkan raksa, plumbum, kadmium yang
merupakan logam toksik dalam tubuh dengan pantas. Logam toksik ini antara
penyebab tekanan darah tinggi meningkat.

6. Melindungi sel-sel darah dari kemusnahan yang disebabkan kehadiran logam dalam
tubuh dan sekaligus menghalang kerosakkan hati oleh bahan kimia yang terkandung
dalam tubuh tanpa kita sedari.

7. Membantu menurunkan paras kolestrol, LDL, trigliserid dan kelikatan darah,
mengurangkan bekuan darah, meningkatkan HDL, melindungi jantung dan menghalang
strok dan penyakit koronari.

8. Membantu merawat kanser serta membantu mengurangkan peratusan bahan
pencetus kejadian kanser iaitu Nitrosamine. Garlic merupakan anti-oksidan kerana
mengadungi sebatian selenium+germanium+acid amino yang melindungi tubuh
dari radikal bebas yang merupakan antara penyebab kanser.

9. Mengelakkan Odema iaitu air tekumpul dalam badan terutama pada kaki dan
pergelangan kaki

10. Membantu menangani masalah organ-organ pernafasan tersumbat akibat batuk dan
brokitis yang berterusan, sakit kerongkong, selesema dan resdung (sinus)

11. Bagi yang mempunyai Diabetes - Garlic dapat meningkatkan pengeluaran insulin dan
meransang hati untuk mengawal gula dalam darah

12. Mampu melawan bakteria dan smeua jenis jangkitan pada:
- Kerongkong & Telinga (throat & ear infection)
- Perut memulas (stomach upset)
- Cirit-birit (Diarrhea)
- Bronkitis
- Luka-luka (infected wounds)
- Jangkitan yang berulang-ulang seperti telinga, kerongkong, gusi, mulut, dada,
sistem air kencing

Sekiranya anda atau ahli keluarga dinasihatkan mengambil ubat antibotik untuk melawan jangkitan penyakit seperti selesema, batuk, cirit-birit dll dan anda berasa khuathir akan kesan sampingan antibiotik untuk kesan jangka masa panjang, cepat-cepatlah ambillah supplement garlic yang antara kebaikkannya merupakan antibiotik 100% semulajadi, tanpa bahan kimia, perasa, gula dah bahan sintetik yang memberi kesan pada kesihatan.


**NOTA:
Nitrosamines yang digunakan dalam pembuatan sesetengah kosmetik, racun perosak, dan dalam kebanyakan produk getah. Dalam industri makanan, nitrosamines dihasilkan dari nitrit dan amina sekunder, yang sering berlaku dalam bentuk protein. Pembentukan nitrit dan amina sekunder hanya boleh berlaku di bawah keadaan tertentu, termasuk keadaan yang kuat berasid seperti perut manusia. Suhu yang tinggi, seperti dalam menggoreng, juga boleh meningkatkan pembentukan nitrosamines. Kehadiran nitrosamines boleh dikenal pasti oleh tindak balas Liebermann itu. [3]Di bawah keadaan berasid, nitrit membentuk asid nitrus (HNO2), yang berproton dan terpisah kepada kation nitrosonium N ≡ O + dan air: H2NO2 + = H2O + NO +. Kation nitrosonium kemudiannya bertindak balas dengan amina untuk menghasilkan nitrosamine. [4]
Proses-proses ini membawa kepada tahap nitrosamines dalam banyak jenis bahan makanan terutamanya bir, ikan, dan hasil sampingan ikan, dan juga dalam daging dan produk keju diawet dengan nitrit penjerukan garam.
sumber:en.wikipedia.org


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.